Wednesday, November 7, 2018

DIA - InTeam

DIA (Click CC For Lyric) Dialah kekasih penyeri hidupku Dia yang ku rindu setulus di kalbu Dari belai jiwa titis air mata Dia anugerah Tuhan Maha Esa Mahligai cinta yang dibina Harungi bersama Penuh onak ranjau berduri Disulam jernih kesabaran Tika diriku kepayahan Dia beri harapan Kembali bersinar bahagia Cinta dia lafaz tercipta Akan ku pimpin tangannya Hingga sampai ke syurga Dia cinta demi setia Biarpun dunia yang berbeza Tuhan kurniakan... Mahligai cinta yang dibina Harungi bersama Penuh onak ranjau berduri Disulam jernih kesabaran Tika diriku kepayahan Dia beri harapan Kembali bersinar bahagia Cinta dia lafaz tercipta Akan ku pimpin tangannya Hingga sampai ke syurga Dia cinta demi setia Biarpun dunia yang berbeza Tuhan kurniakanlah cinta Dia yang mencintai-Mu Kerana dia adalah Pilihan-Mu untukku selamanya

Monday, April 30, 2018

Hukum Puasa Selepas Nifsu Syaaban

"Aku nak puasa sunatlah Isnin ni. Ini kan bulan Syaaban, bulan kita digalakkan berpuasa sebagai persiapan menghadapi Ramadan tidak lama lagi," kata Ishak.
Namun, rakannya, Ali menegur: “Kalau tak silap aku, kita tak boleh puasa sunat selepas 15 Syaaban tapi entahlah, aku pun tak berapa pasti”.

Demikian antara dialog yang kerap kedengaran apabila kita sudah berada pada Nisfu Syaaban (15 Syaaban). Ternyata, masih ramai kalangan awam yang keliru dengan hukum berpuasa selepas Nisfu Syaaban. Ada yang menyangka, logiknya makin hampir dengan Ramadan makin elok kita puasa untuk membiasakan dengan puasa fardu itu.

Memang ulama berselisih pendapat dalam hal ini. Ada yang membenarkan puasa selepas 15 Syaaban dan ada juga yang melarangnya. Menurut qaul yang muktamad dalam Mazhab Syafie hukum berpuasa selepas Nisfu Syaaban adalah haram dan tidak sah. (Namun, ada beberapa pengecualian yang akan dijelaskan di bawah)
Dalil-dalil yang melarang puasa selepas 15 Syaaban antaranya:

* Dari Abu Hurairah ra, katanya: Rasulullah SAW ber­sabda yang bermaksud: “Apabila telah tertinggal separuh dari bulan Syaaban, maka janganlah kamu berpuasa.” (Riwayat Tirmidzi dan Abu Daud).
* Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika telah separuh bulan Syaaban, maka tidak ada puasa sehingga tibanya Ramadan”. (Riwayat Ibnu Majah)
Sungguhpun dihukumkan haram, pengharaman berpuasa pada nisfu kedua Syaaban ini tidaklah mutlak. Ia bukan seperti pengharaman berpuasa pada lima hari yang diharamkan secara mutlak berpuasa iaitu pada 1 Syawal dan 10 Zulhijah (hari raya puasa dan haji) dan juga tiga hari tasyrik.
Sebaliknya, peng­haraman berpuasa selepas Nisfu Syaaban dan hari Syak tidaklah mutlak kerana ianya mempunyai pengecualian. Maka hukum haram dan tidak sah puasa selepas nisfu kedua Syaaban mempunyai pengecualian seperti berikut:-
1. Puasa sunat itu disambungkan atau dihubungkan dengan hari-hari yang berada dalam nisfu pertama (separuh pertama) Syaaban walaupun dengan hanya satu hari (yakni dihubungkan dengan berpuasa pada hari 15 Syaaban) dengan syarat ia berterusan sehingga Ramadan.

Jika terputus walaupun dengan uzur maka tidaklah boleh disambung lagi puasa tersebut. Contohnya, jika seseorang berpuasa sunat pada 15 Syaaban, maka bolehlah dia berpuasa pada 16 Syaaban dan hari-hari berikutnya. Tetapi jika setelah berpuasa pada 15, 16, 17 Syaaban, dia tidak berpuasa pada 18 Syaaban, dengan atau tanpa uzur, maka tidaklah boleh lagi dia berpuasa sunat pada 19 Syaaban dan hari-hari yang berikutnya sehinggalah masuk Ramadan.
2. Puasa sunat yang dilakukan menjadi amalan biasa seseorang (orang yang ahli puasa). Contohnya, seseorang yang mengamalkan puasa setiap Isnin dan Khamis, maka tidaklah jadi halangan untuknya meneruskan puasanya itu.
3. Puasa qada sama ada qada puasa fardu atau qada puasa sunat yang berwaktu.
4. Puasa kaffarah atau puasa nazar dengan syarat ia tidak dilakukan dengan sengaja dan dengan tahu yang hari yang dinazarkan itu adalah hari-hari nisfu kedua Syaaban.

Contohnya, seseorang bernazar mahu berpuasa pada hari Khamis minggu hadapan tanpa menyedari bahawa Khamis itu sudah masuk dalam separuh kedua Syaaban, maka bolehlah dia berpuasa pada hari tersebut. Namun, jika dia tahu yang Khamis tersebut adalah dalam nisfu kedua Syaaban, tidaklah boleh dia berpuasa dan tidak sah nazarnya.


Sunday, March 11, 2018

My Girl.............



Sang-eo-reul sa-rang-han in-eo

Νallo halsu eobsseossjiman
cheoeum bodeon, geuddae bootteonga bwa
naegerowa nareul dachige, hal geotdo nan ara
Νeomoo manhi nolrajido
seolrejido apeujido~malgo
kaggeumssikeun jiroohadamyeo
ttoojeonhaneun sarang
Pyeong beomhaedo geureon sarang,
hago sipeun nae mam ani
moreuncheok haneun nega miwoseo,
geuman doogodo sipjiman
Neo eobsineun andwineungeol,
neojochado algi ttaemoone
neoege boodamjoo~gin sirheo,
(sipjiman) jigeumdo ne gyeotte isseo,
seulpeuge na
Neon dareun ma~reul, haryeoneunde
saranghanda meonjeo mareul hamyeon
neoneun eoddeon pyojeong jieul~ji
neomoo goonggeumhae
Mallo halsu issneun sarang
geuraeyaman nae mam ani
moreuncheok haneun nega miwoseo
geuman doogodo sipjiman

........................................................................................................

I couldn't say with words but I think it was from the beginning
Come to me, though I know that you will hurt me

Don't be too suprised, or too excited, or too hurt
But a love that sometimes complains and is jealous
Even if it's normal, do you know that I want to have that kind of love?
I wanted to stop, because I despised you who pretended to not know
But I can't go on without you and because even you know this
I'm still sadly by your side
You try to say something different
But if I tell you that I love you first
I wonder what face expression you will have
Even if it's normal, do you know that I want to have that kind of love?
I wanted to stop because I despised you who pretended to not know
But I can't go on without you and because even you know this
I don't want to give you a burden but
I'm still sadly by your side
Can you only figure out my love with words?
I wanted to stop, because I despised you who pretended to not know
But I can't go on without you and because even you know this
I don't want to give you a burden but
I'm still sadly by your side