Sunday, January 31, 2016

jom bangun awal pagi

assalamualaikum...
lama da rasanya x update blog... :p
apa khabar sume?
duk pk2 td...ingat nak share tips bangun awal pagi..
ini pun termasuk dalam azam sy taun nie..hehehe
(sblm nie mmg bangun awal...tp time p keje la..hjg mggu..mindset leh bangun lewat...)
sebenarnya xelok  tau lepas subuh tidur balik...mak ayah selalu pesan jgan tidur lepas subuh..nanti rezki lambat masuk..
memang betulkn...?

so..jom sume kita bangun awal pagi.. :)
nie antara tips yang saya nak cuba amalkan setiap hari.. moga bermanfaat buat kita sume ye..

NIAT
niat yang penting..sebelum tidur kita pasang niat dulu. niatkan dalam hati yang kita tidur nie adalah ibadah kerana Allah taala. Jgn lupa juga..niatkan juga yang kita nak bangun awal pagi esoknya. 
contohnya: "Ya Allah, esok aku ingin bangun awal pukul 5 pg..permudahkanlah urusanku."

WUDHUK
biasakanla diri ambil wudhuk sebelum tidur.
sempurnakan wudhuk kita dengan tertib, tenang dan sesempurna yang mungkin. bayangkan mungkin ini yang terakhir kalinya kita ambil wudhuk.
In sha Allah..akan ada malaikat yang mendoakan sepanjang kita tidur hingga bangun keesokkannya.

SOLAT SUNAT
bila dalam keadaan suci ini..ambil masa utk lakukan solat sunat taubat sebelum tidur. 
mohon keampunan serta bersihkan diri dari dosa-dosa dan kekotoran maksiat yang kita lakukan kepada Allah SWT. 
jgn lupa juga..amalkan baca surah Al-Mulk.

ALAT BANTUAN
bukan mudah nak bangun awal..nak2 lg bila da berazam nak bangun awal nie..
jadi sediakan la alat seperti jam loceng or setkan jam kat hpon masing2 tuk bangun awal ye..

AMALAN LAIN
sebelum tidur, baca doa tidur, baca surah Al-Fatihah dan surah 4 Qul (Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas) 
hembuskan pada tapak tangan dan sapukan pada muka dan seluruh badan. Mohon perlindungan dan pemeliharaan daripada Allah SWT.
sambil baring sebelum mata terlelap, ringankan mulut dengan beristighfar dan memuji Allah SWT dan berselawat ke atas nabi Muhammad SAW.
Astaghfirullahalla'zim,SubhanaAllah,Alhamdulillah,AllahuAkbar.

Saturday, October 31, 2015

salam eid milad ayah



khas buatmu ayah
salam eid milad sanah helwa met ultah



1 November 1947
lahir seorang bayi lelaki yang sangat comel..
diberi nama Jamian bin Sua'ap
nama timangan di panggil ' Untong'
dan dialah hero kami
ayah kami yang tercinta

ayah,
di setiap langkah kaki kami
slalu terbayang wajahmu
di setiap doa kami
sentiasa menyebut namamu

ayah,
kami ingin meminjam hatimu
agar kami tahu apa yang dirimu rasakan
kami ingin memelukmu
di saat dirimu lelah dan sedih

ayah,
airmatamu adalah kemarau dalam hujan
kerna kami tahu
dirimu menangis dalam diam
Kekuatanmu sentiasa mengiringi hari kami
agar kami tabah dalam menjalani liku hidup ini
ayah memang lelaki yang kuat

ayah,
selamat ulang tahun ayah..
semoga Allah selalu melindungi merahmati ayah
semoga sentiasa diberi nikmat kesihatan
semoga sentiasa diberi kebahgiaan dunia akhirat
kami sayang ayah...

Tuesday, June 23, 2015

ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

 ramadhan datang lagi....
terima kasih ya Allah ..
izinkanku bertemu dengannya kembali... :)
 
 
teman-teman, 
Pernahkah teman-teman mendengar kata ‘puasa’? teman-teman pernah berpuasa? 
Sebagai muslim yang baik kita harus mengetahui dan melaksanakannya. Puasa adalah menahan diri dari makan, minum dan hal-hal yang membatalkan puasa serta mengendalikan diri dari hawa nafsu mulai terbit fajar hingga terbenamnya matahari.
Ibadah puasa mempunyai banyak manfaat, antara lain dapat melatih diri dalam mengendalikan hawa nafsu, menghindarkan dari perbuatan maksiat, perkatan buruk atau kotor, dan perbuatan lain yang menjurus ke hal yang tidak baik. Dengan berpuasa manusia merasa dekat dengan Allah swt dan diharapkan bisa membina jiwa serta keteguhan iman dari berbagai cobaan dan rintangan sehingga bersih hati dari perbuatan tercela yang dilarang oleh agama Islam.
Teman-teman perlu tahu bahwa puasa itu ada beberapa jenis seperti berikut:

  1. Puasa wajib :  puasa yang diwajibkan pada setiap muslim, yaitu puasa Ramadhan, puasa qada, puasa nazar dan puasa kafarah (denda).
  2. Puasa sunat : puasa yang dianjurkan untuk dilaksanakan oleh seorang muslim, seperti puasa arafah (9 Zulhijah), puasa A'syura (10 Muharam), puasa Isnin dan Khamis serta puasa 6 hari di bulan syawal.
  3. Puasa haram : puasa pada hari raya Aidilfitri (1 Syawal), Aidiladha (10 Zulhijjah) dan hari–hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah).

 Syarat wajib puasa
 
Ibadah puasa memiliki beberapa syarat agar puasa dapat diterima oleh Allah swt. Syarat tersebut adalah syarat wajib dan syarat sah.
Syarat wajib puasa adalah sebagai berikut.
  1. Berakal sehat (orang gila tidak wajib berpuasa).
  2. Baligh (cukup umur).
  3. Kuat melaksanakan puasa.
Syarat sah berpuasa adalah sebagai berikut:
  1. Beragama Islam (orang yang bukan islam tidak sah puasanya).
  2. Mumayiz (dapat membedakan yang benar dan yang salah).
  3. Suci dari haid (darah kotor) dan nifas (darah orang melahirkan).
  4. Pada waktu yang dibolehkan berpuasa.
 
 
Rukun puasa
  1. Niat : Niat puasa hendaknya dilakukan pada malam hari sebelum terbit fajar. Untuk puasa Ramadhan boleh sekali niat di malam pertama ramadhan untuk satu bulan. Niat boleh dilakukan dalam hati dan boleh diucapkan dengan lisan. Jom baca sama2 :)
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ الشَّهْرَ رَمَضَانَ هذِهِ السَّنَةِ لِلّهِ تَعَالَى
Saya niat berpuasa esok hari untuk menunaikan kewajiban di bulan Ramadan tahun ini kerana Allah ta’ala
 
      2.  Menahan diri dari segala yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
 
 
Sunnah puasa
  1. Menyegerakan berbuka jika yakin bahwa matahari telah terbenam
  2. Berbuka dengan yang manis-manis, misalnya kurma dan anggur serta minum air putih.
  3. Berdoa pada waktu atau setelah selsai berbuka puasa. Doanya adalah sebagai berikut:
Artinya: “Ya Allah karena-Mulah aku berpuasa dan dengan rezeki-Mulah aku berbuka, telah lenyap haus dan dahaga serta basah urat-urat mudah-mudahan pahalanya ditetapkan.,”
  1. Makan sahur
  2. Mengakhirkan makan sahur
  3. Memberi makan kepada orang yang berbuka puasa
  4. Memperbanyak bersedekah jariyah
  5. Memperbanyak membaca al-Quran dan memahami artinya.
  6. Memperbanyak ibadah-ibadah sunah yang lain
  7.  
Hal-hal yang membatalkan puasa
  1. Makan dan minum dengan disengaja
  2. Muntah dengan disengaja
  3. Berubah akal seperti gila, mabuk dan pingsan
  4. Berhubungan suami istri
  5. Murtad (keluar dari agama Islam)
  6. Keluar darah haid atau nifas bagi wanita.
Orang yang diperbolehkan tidak berpuasa

  1. Orang yang sakit parah harus mengqada, iaitu mengganti sejumlah hari yang ditinggalkan (hari pada saat tidak berpuasa)
  2. Orang yang dalam perjalanan jauh atau musafir, wajib mengqada atau mengganti puasa pada hari yang lain.
  3. Orang lanjut usia berkewajiban membayar fidyah, iaitu bersedekah tiga perempat liter beras kepada fakir miskin selama ia tidak berpuasa pada bulan Ramadhan.
  4. Orang yang sedang hamil dan menyusui, berkewajiban membayar fidyah (denda)

Sunday, November 23, 2014

rindukanmu

mak...kurindukanmu...teramat sangat rindukanmu...
semoga dirimu tenang dirahmatiNYA serta bersama2 para solihin di alam sana

untukmu...

Sunyi dan gelap
Terlantar dalam telanjang
Di pintu rindu
Hidup dan matiku disisimu
Sakit yang datang
Menguji kasih dan sayang
Antara merenda semalam
Mungkin takkan berbuah
Hanya memadukan
Namun tidak mengenyangkan
Musafir lalu nan dahaga
Di jalan panas membara
Begitulah hakikatnya
Di mahligai kesakitan
Yang mengundang sahabat
Saudara jauh dekat
Menghembus nafas pilu
Ibu mengertilah
Aku sengsara
Lemas berendam airmata
Rendang kasihmu
Dalam gelora
Jadi rebutan selamanya
Berikanlah pengertian
Waktuku di hujung jalan
Berbicara bahasa duka
Tanda penyesalan
Manapun aku berlabuh
Pastinya untuk desamu
Biarpun tak bersubur
Biarlah tak tertangguh
Di telapak kakimu
Sakit kurasakan
Jadi peneman
Masa semalam yang silam

 https://www.youtube.com/watch?v=MeClv_ppI9Q

Monday, November 3, 2014

amalan sunat hari asyura....

assalamualaikum...
sempena hari yang baik...saya nak ucapakan selamat menyambut hari asyura...
smg kita dapat manfaat yang baik.. :)

di sini...sekadar perkongsian...mari lah sama2 kita amalkan amalan sunat yang boleh dilakukan pada hari asyura nie...

  • melapangkan masa dan berbelanja untuk anak isteri 
    •  fadilatnya: Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini
  • memuliakan fakir miskin
    • fadilatnya: Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
  • menahan marah
    • fadilatnya: diakhirat nanti Allah akan memasukkannya dalam golongan yang redha
  • menunjukkan orang yang sesat
    • fadilatnya: Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hati
  • mengusap @ menyapu kepala anak yatim
    • fadilatnya: Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap2 helai rambut yang disapunya
  •  bersedekah
    • fadilatnya: Allah akan menjauhkannya dari neraka sekadar jauhnya seekor gagak terbang tak henti-henti dari kecil sehingga ia mati. diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  •  memelihara kehormatan diri
    • fadilatnya: Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan
  • mandi sunat
    • fadilatnya: tidak sakit (sakit berat ) pada tahun itu
    • lafaz niat: sahaja aku mandi sunat hari asyura kerana Allah Taala
  •  bercelak
    • fadilatnya: tidak akan sakit mata pada tahun itu
  •  membaca surah al-ikhlas 1000x
    • Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
  •  sembahyang sunat empat rakaat
    • fadilatnya: Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50tahun melakukannya
    • lafaz niat: sahaja aku sembahyang sunat hari asyura 4 rakaat tunai kerana Allah Taala
    • rakaat pertama n kedua baca surah al-ikhlas sebanyak 11x
  •  banyak membaca " hasbunallah wa nikmal wakil, wanikmal maula wa nikman nasir"
    • fadilatnya: tidak mati tahun ini
  •  menjamu orang berbuka puasa
    • fadilatnya: diberi pahala seperti memberi sekalian orang islam berbuka puasa
  •  puasa sunat
    • lafaz niat: Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari asyura kerana Allah Taala
  •  menziarahi orang alim ( banyak ilmu ) dan belajar sesuatu ilmu daripadanya
    •  fadilatnya : pahalanya seperti orang muhajirin dan ansar
  •  menziarahi orang sakit
    • fadilatnya: pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang yang sedang sakit.
semoga ia memberi manfaat kepada diri sendiri dan semua yang membacanya...
yuk..kita lakukannya.. :)

Thursday, July 10, 2014

doa kepada ibubapa - membuka pintu rezeki






Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata.....
 " setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada)

".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :

 "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada)

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

* Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

* Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (seperti makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)