Monday, January 27, 2014
Thursday, January 16, 2014
m@uLiDur R@SuL
Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Maulidur Rasul tahun 1435H atau tahun Masehi 2014 jatuh pada 14 Januari 2014 dengan Tema sambutan
"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"
14 Januari 2014 (Selasa) merupakan cuti umum semua rakyat di Malaysia.
MAULIDUR RASUL; KEPERIBADIAN TERPUJI PERJUANGAN DIHAYATI
Pengenalan
Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.
Menghayati Perjuangan Nabi
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya.
Keperibadian Terpuji
Masyarakat Arab Quraisy amat senang dengan keperibadian yang dimiliki oleh nabi Muhammad, baginda pernah hidup bersama-sama masyarakat Quraisy, pernah bersama-sama membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat banjir. Baginda dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai seorang yang baik budi pekertinya, seorang yang amanah sehingga digelar al-amin.
Tetapi mengapa tiba-tiba nabi Muhammad menjadi orang yang paling mereka benci? Apakah orang Quraisy tidak kenal siapa baginda sehingga mereka ingin membunuhnya? Mereka benar-benar telah merancang untuk membunuh nabi Muhammad dengan berbagai-bagai perancangan jahat, namun baginda diselamatkan oleh Allah. Allah merakamkan perancangan jahat orang musyrikin untuk membunuh nabi Muhammad S.A.W akan tetapi Allah telah menggagalkan perancangan mereka. Firman Allah dalam surat al-Anfal ayat 30:
"Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik ( Mekah ) menjalankan perancangan jahat terhadapmu untuk menjarakkanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat (mereka). Allah sebaik-baik yang menggagalkan perancangan jahat".
Ketokohan
Baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan yang jauh, akal fikiran yang tajam , semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan rohani serta tabah dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya dicontohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan mental dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Oleh itu setiap umat Islam adalah bertanggungjawab mempertahankan agama Allah.
Ketokohan nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat disangkal lagi walaupun oleh orientalis-orientalis dari barat. Jika hendak dibandingkan dengan ajaran lain seperti Kristian, Buddha, mahupun Yahudi, Rasulullah (S.A.W) merupakan satu-satunya pengasas agama yang secara jelas sejarahnya diceritakan sejak baginda dilahirkan sehingga baginda wafat. Ketokohan Nabi Muhammad (S.A.W) dalam memimpin sebuah negara, menjadi seorang jeneral perang, menunjukkan contoh yang terbaik kepada umatnya bagaimana untuk menjadi seorang sahabat, ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan baginda sebagai manusia yang teragung yang pernah dilahirkan hingga ke hari ini.
Keadaan Kucar kacir
Keadaan dunia pada masa itu amat tenat dan kucar kacir. Manusia pada ketika itu telah berperangai kebinatangan. Terlalu banyak kelakuan buruk yang melingkari masyarakat ketika itu. Bukan sahaja di semenanjung tanah Arab, bahkan di negara Parsi dan juga Rom. Kehidupan mereka sungguh teruk, meminum arak menjadi satu kebanggaan. Persundalan dianggap satu keseronokan, amalan riba' berleluasa dalam perniagaan, hidup berpoya-poya menjadi tanpa haluan.
Kekejaman yang dilakukan dianggap satu keperkasaan. Kekuatan digunakan untuk menindas. Kekuasaan digunakan untuk mengaut kekayaan. Para penguasa selalu dimuliakan bahkan kadangkala dianggap sebagai tuhan. Orang awam yang lemah selalunya di perhambakan. Kepandaian sering digunakan untuk menipu. Setiap saat akal sentiasa digunakan untuk berbuat jahat dan untuk memenuhi tuntutan nafsu. Demikianlah gambaran masyarakat ketika baginda diutuskan. Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam pada masa kini adalah menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh teladan yang paling sekali.
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
(al-ahzab 21).
Kesimpulan
Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat. Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.
JAKIM
Monday, November 4, 2013
nur persahabatan
teman,
dirimu insan istimewa
penghibur dikala duka
penawar tatkala derita
kau pengukir senyum dibibir ini
gelak tawa juga gurau sendamu
penghias jalinan persahabatan kita...
teman,
jika aku hanya fikirkan dunia
kau pimpinlah aku ke jalan ILLAHI
menuju kejayaan duniawi & ukhrawi
kiranya diriku bersalah
tegurlah supaya aku sedar kesilapanku
dan...
andainya diri ini pernah menyakiti hatimu
ku pinta seribu kemaafan
alfa tentang nilai sebuah persahabatan yang suci
teman,
dalam melayari usia remaja ini
banyak cabaran mendewasakan kita
aku & engkau berjaya menempuhnya dengan tabah
kerna...
kita yakin ada hikmah di sebaliknya
ku harap kita akan tetap bersama
melewati liku-liku hidup ini
teman, jangan kau ucap kata perpisahan
kerna aku tidak bisa menerimanya
berdoalah untuk ikatan murni ini
agar tetap kukuh hingga ke akhir hayat...
smsa mengemas buku2 yg btmbun di rak, t'jupe secebis kertas..kertas yg dkirimkan oleh seorang teman yang amat di rindui..kata2 nie mengimbau kenangan smsa d alam sek men..
rindu nak b'sma suka duka begurau senda menangis sma2... i'allah kita pasti ketemu lagi.. :)

Thursday, October 24, 2013
TeGuR@N
pepatah omputih ade kata..: " don't think others smaller than u "
kita pasti rasa sakit hati bila di tegur oleh sesiapa sahaja..
kita pasti marah bila orang kritik kita...
wal hal...perkara yang ditegur itu adalah betul.. kan?
sama juga bila kita menegur n kritik orang lain..
so, kita perlu ingat nak menegur, nak menasihati sesiapa sahaja pasti ade caranye...
baru la xde sape2 or diri kita t'singgung, betul x? :)
tips teguran di bawah nie...apa yang saya faham n dapat info dri bahan ilmiah yang saya baca..boleh la kita amalkan n praktis ye.. :)
1. gunalah perkataan yang lembut..
masa menegur gunakan la kata2 yang lembut dan penuh b'hikmah...sama la dengan firman ALLAH dalam surah Taha : " Kamu berdua ( Musa A.S dan Harun A.S ) katakan kepadanya ( Firaun ) dengan perkataan yang lembut agar dia ingat kepadaKU ( ALLAH ) atau dia berasa gerun "
2. raikan pandangan
kita perlu trima segala pandangannya dulu dan tegur atau tmbahbaikan lagi dengan tutur kata yang baik..jangan la kita trus kritik or tegur yang boleh menyebabkannya terasa ati dengan kata-kata kita
contohnya
:( bukan camtu la...sebenarnya camni...
:) ya, saya setuju ngan awak, namun saya ingin tambah sedikit begini dan begini...

SyUkUR dAn tRiM@ k@SiH
cuba kita lihat di sekeliling kita...:
i : b'syukurkah kita hari ini apabila ALLH msih mengnugerahkan kita gelaran seorang Muslim?
ii : b'syukurkah kita hari ini apabila ALLAH masih mengizinkan mata mampu melihat dan memandang, telinga mampu mendengar, mulut mampu b'bicara dan b'kata-kata?
iii : Dan b'syukurkah kita hari ini tatkala ramai remaja yang lebih cenderung m'baca bahan hiburan yang melalaikan, sedangkan kita dilorongkan oleh ALLAH untuk menatap bahan2 ilmiah yang b'manfaat?
jom kawan2 kita b'SYUKUR !
syukur d atas segalanya...pasti kita dapat rasakan betapa tubuh badan kita akan m'jadi ringan & b'tenaga untuk melakukan apa sahaja tugasan... (",

Tuesday, October 22, 2013
riNdU
sedar x sedar da sebulan lbih kt sek baru..suasana baru..rakan baru..murid baru..
mcam2 karenah gelagat benda baru yang dplajari d alami..
blh dikatakan sumenye baru la..
namun...walau sume baru..ttp rindukan yg lama n dulu..
atiku btul2 rindu...
rindu ngan kaletah ragam murid2ku
rindu ngan rakan2 sekerja ku
rindu ngan suasana di sekolah lama..
u'll always in my mind n heart...
pic2 nie la mngubat ati

Thursday, October 17, 2013
pOtOnG kUkU ikUt Sunn@H
- Sesiapa mengerat kuku pada hari Sabtu Allah akan keluarkan daripadanya penyakit dan Allah menyembuhkan penyakit yang ada pada dirinya.
- Sesiapa mengerat kuku pada hari Ahad Allah keluarkan daripadanya penyakit papa atau miskin dan Allah kurnia padanya sifat kaya.
- Sesiapa mengerat kuku pada hari Isnin Allah keluarkan daripadanya penyakit gila dan Allah kurniakan kepadanya kesihatan.
- Sesiapa mengerat kuku pada hari Selasa Allah keluarkan daripadanya penyakit barash dan Allah kurniakan padanya sifat penawar.
- Sesiapa mengerat kuku pada hari Rabu Allah keluarkan daripadanya penyakit was-was dan ketakutan, Allah kurniakan padanya perasaan aman dan tenang.
- Sesiapa mengerat kuku pada hari Khamis Allah keluarkan daripadanya penyakit judzam dan Allah kurniakan kepadanya sifat Afiat.
- Sesiapa mengerat kuku pada hari Jumaat Allah keluarkan daripadanya dosa dan Allah kurniakan kepadanya Rahmat.
Begitulah kemurahan Allah kepada hambanya sehingga kita tidak layak menolak semua arahan Allah kerana memberi segala-galanya dengan penuh rahmat, walaupun semasa mengerat kuku... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)