Thursday, August 4, 2016

Salam Eid Milad







4 Ogos …tarikh ini tiba lagi
Ya Allah, Ya Tuhanku
aku bersyukur atas nikmat iman dan usia
yang kau berikan kepadaku
aku berterima kasih atas segala hal
yang aku dapatkan hingga ke hari ini…
Sempena di hari lahirku..
ku mohon kepadaMu Ya allah
panjangkanlah usiaku
agar lebih lama aku mentaatiMu
jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang
agar di akhirat kelak ku dapat mengutip hasilnya
Ya Allah Ya Kareem,
tambahkanlah amalanku
di saat bertambahnya usiaku..
jadikanlah cahayaMu yang bersinar
terus menyinari jalanku..
Ameen ya rabbal a’lamin.

Buat ayahbondaku tercinta,
terima kasih melahirkanku ke dunia ini
terima kasih menjaga merawatku dari kecil
terima kasih mendidik mengasuhku
terima kasih untuk segalanya
Ayah,
terima kasih kerna terus tabah untuk anakmu
Mak,
Nantikan anakmu di alam sana..
Salam rindu sayang dariku..

Monday, June 13, 2016

Bingkisan doa buatmu



Gambar kenangan bersama warga pk

Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah,
Panjangkanlah umur anak-anak muridku,
Kurniakanlah mereka kesihatan yang baik,
Terangi hati mereka dengan cahaya nur imanmu…

Ya Allah,
Tetapkanlah hati mereka,
Perluaskanlah rezeki mereka,
Dekatkanlah hati mereka kepada kebaikan,
Jauhkanlah hati mereka pada kejahatan,
Tunaikanlah hajat mereka,
Samada hajat dalam agama,dunia dan akhirat…

Ya Rabbana,
Kurniakanlah mereka,
Akan kesenangan ketenangan,
Kebahgiaan serta kecemerlangan hidup,
Samada di dunia maupun di akhirat kelak….

Ya Rabbul Izzati
Kau bahgiakanlah hati mereka,
Sebagaimana Engkau bahgiakan hati hamba-hambaMu yang lain,

Ameen….Ameen ya Rabbal A’lamiin

Wednesday, May 11, 2016

bait kata buat insan istimewa.....

11 Mei ……….
Ku selalu menantikan tarikh itu setiap tahun
Kerna itu tarikh lahirmu kan, mak
Ku rindukan untuk mengungkapkan ucapan
Selamat hari lahir kepadamu
Ku rindukan senyum tawamu
Bila anak-anakmu berebut-rebut untuk mengungkapkannya
Ku rindukan pelukan kasih sayangmu
Saat anak-anakmu dalam suka duka menjalani arus kehidupan
Ku rindukan leteran dan nasihatmu
Saat anak-anakmu nakal dan buntu dorongan
Tapi kini hanya tinggal kenangan
Kerna
Saat itu telah tiba…
Saat dimana kau pejamkan matamu untuk selamanya
Aku hanya mampu terdiam
Tiada sepatah kata yang mampu kuucapkan
Didepanmu yang terbujur kaku
Kau hanya diam saat ku menangis
Sedangkan selalunya kau usap dengan tangan lembutmu
Mak,
Kini hanya lembaran cerita indah yang kubawa
Jauh sudah anakmu berjalan tanpa dirimu lagi
terus berjalan membawa cintamu
Mak,
Ku sangat merinduimu…
Ku kan ingat segala pesanmu
Ku kan sentiasa ingat segala-galanya
Mak,
Walau dirimu tiada lagi disisi,
Anak-anakmu masih ingin mengungkapkannya..
Selamat hari lahir mak…
Kami kan sentiasa mendoakanmu di sana
Nantikan kami yang akan menyusul pula..
Sayang mak

Al-Fatihah buat mak yang tercinta
alyarhamah Yatin@Yatimah binti Midon
11 Mei 1953 - 5 Jul 2014

Sunday, January 31, 2016

jom bangun awal pagi

assalamualaikum...
lama da rasanya x update blog... :p
apa khabar sume?
duk pk2 td...ingat nak share tips bangun awal pagi..
ini pun termasuk dalam azam sy taun nie..hehehe
(sblm nie mmg bangun awal...tp time p keje la..hjg mggu..mindset leh bangun lewat...)
sebenarnya xelok  tau lepas subuh tidur balik...mak ayah selalu pesan jgan tidur lepas subuh..nanti rezki lambat masuk..
memang betulkn...?

so..jom sume kita bangun awal pagi.. :)
nie antara tips yang saya nak cuba amalkan setiap hari.. moga bermanfaat buat kita sume ye..

NIAT
niat yang penting..sebelum tidur kita pasang niat dulu. niatkan dalam hati yang kita tidur nie adalah ibadah kerana Allah taala. Jgn lupa juga..niatkan juga yang kita nak bangun awal pagi esoknya. 
contohnya: "Ya Allah, esok aku ingin bangun awal pukul 5 pg..permudahkanlah urusanku."

WUDHUK
biasakanla diri ambil wudhuk sebelum tidur.
sempurnakan wudhuk kita dengan tertib, tenang dan sesempurna yang mungkin. bayangkan mungkin ini yang terakhir kalinya kita ambil wudhuk.
In sha Allah..akan ada malaikat yang mendoakan sepanjang kita tidur hingga bangun keesokkannya.

SOLAT SUNAT
bila dalam keadaan suci ini..ambil masa utk lakukan solat sunat taubat sebelum tidur. 
mohon keampunan serta bersihkan diri dari dosa-dosa dan kekotoran maksiat yang kita lakukan kepada Allah SWT. 
jgn lupa juga..amalkan baca surah Al-Mulk.

ALAT BANTUAN
bukan mudah nak bangun awal..nak2 lg bila da berazam nak bangun awal nie..
jadi sediakan la alat seperti jam loceng or setkan jam kat hpon masing2 tuk bangun awal ye..

AMALAN LAIN
sebelum tidur, baca doa tidur, baca surah Al-Fatihah dan surah 4 Qul (Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas) 
hembuskan pada tapak tangan dan sapukan pada muka dan seluruh badan. Mohon perlindungan dan pemeliharaan daripada Allah SWT.
sambil baring sebelum mata terlelap, ringankan mulut dengan beristighfar dan memuji Allah SWT dan berselawat ke atas nabi Muhammad SAW.
Astaghfirullahalla'zim,SubhanaAllah,Alhamdulillah,AllahuAkbar.