Thursday, July 10, 2014

doa kepada ibubapa - membuka pintu rezeki






Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata.....
 " setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada)

".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :

 "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada)

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

* Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

* Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (seperti makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

No comments:

Post a Comment