Monday, November 3, 2014

amalan sunat hari asyura....

assalamualaikum...
sempena hari yang baik...saya nak ucapakan selamat menyambut hari asyura...
smg kita dapat manfaat yang baik.. :)

di sini...sekadar perkongsian...mari lah sama2 kita amalkan amalan sunat yang boleh dilakukan pada hari asyura nie...

  • melapangkan masa dan berbelanja untuk anak isteri 
    •  fadilatnya: Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini
  • memuliakan fakir miskin
    • fadilatnya: Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
  • menahan marah
    • fadilatnya: diakhirat nanti Allah akan memasukkannya dalam golongan yang redha
  • menunjukkan orang yang sesat
    • fadilatnya: Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hati
  • mengusap @ menyapu kepala anak yatim
    • fadilatnya: Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap2 helai rambut yang disapunya
  •  bersedekah
    • fadilatnya: Allah akan menjauhkannya dari neraka sekadar jauhnya seekor gagak terbang tak henti-henti dari kecil sehingga ia mati. diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  •  memelihara kehormatan diri
    • fadilatnya: Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan
  • mandi sunat
    • fadilatnya: tidak sakit (sakit berat ) pada tahun itu
    • lafaz niat: sahaja aku mandi sunat hari asyura kerana Allah Taala
  •  bercelak
    • fadilatnya: tidak akan sakit mata pada tahun itu
  •  membaca surah al-ikhlas 1000x
    • Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
  •  sembahyang sunat empat rakaat
    • fadilatnya: Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50tahun melakukannya
    • lafaz niat: sahaja aku sembahyang sunat hari asyura 4 rakaat tunai kerana Allah Taala
    • rakaat pertama n kedua baca surah al-ikhlas sebanyak 11x
  •  banyak membaca " hasbunallah wa nikmal wakil, wanikmal maula wa nikman nasir"
    • fadilatnya: tidak mati tahun ini
  •  menjamu orang berbuka puasa
    • fadilatnya: diberi pahala seperti memberi sekalian orang islam berbuka puasa
  •  puasa sunat
    • lafaz niat: Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari asyura kerana Allah Taala
  •  menziarahi orang alim ( banyak ilmu ) dan belajar sesuatu ilmu daripadanya
    •  fadilatnya : pahalanya seperti orang muhajirin dan ansar
  •  menziarahi orang sakit
    • fadilatnya: pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang yang sedang sakit.
semoga ia memberi manfaat kepada diri sendiri dan semua yang membacanya...
yuk..kita lakukannya.. :)

No comments:

Post a Comment