Thursday, September 7, 2017

seandainya kau tahu...

andai lelaki tahu
apabila seorang perempuan jatuh cinta
lelaki itu x smestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya

andai lelaki tahu
apabila seorang perempuan itu mengalirkan airmata
itu bukan bermakna dia lemah
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah mencintai lelaki itu

andai lelaki tahu
apabila seorang perempuan marah
memang dia x mampu kawal perasaannya
tapi percayalah
itu bermakna dia sangat mengambil berat dan sayang lelaki itu
lihat saja pasangan baru bercinta
mereka jarang bergaduh
tetapi percayalah
semakin bertambah sayang mereka pada seseorang
semakin banyak pula sesuatu yang terjadi

andai lelaki tahu
apabila seorang perempuan cerewet
dia x pernah bermaksud untuk buat lelaki rimas
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat

andai lelaki tahu
apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah
tu bukan bermakna dia x mahu terima seadanya
tetapi dia mahu jadikannya lebih baik
bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan kelak

andai lelaki tahu
apabila seorang perempuan cemburu dan x percayakan lelaki
bukan bermaksud dia tidak sayang
tetapi dia terlalu sayang dan masih menganggap lelaki seperti anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian
terkadang dia terlalu risau 
sekiranya terlalu percaya
lelaki akan mengkhianati kepercayaan tersebut
naluri keibuannya sangat kuat
dia hanya mahukan yang terbaik

andai lelaki tahu
apabila perempuan merajuk
jangan kata dia mengada-ngada
dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau harta benda
tetapi cukup dengan dengan perhatian yang boleh buat dirinya dihargai

andai lelaki tahu
apabila perempuan jarang mengatakan  'i love u'
itu x bermakna dia x menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya
bukan hanya dari kata2 
tetapi juga melalui hati dan bahasa tubuhnya

andai lelaki tahu
apabila perempuan kata rindu
dia benar-benar maksudkannya

andai lelaki tahu
apabila perempuan cuba membandingkan lelaki lain
jangan percaya dengan kata-katanya
kerna dia hanya mahu menguji
dia mahu lihat sejauh mana lelaki yang dikasihi
sanggup menjadi yang terbaik untuknya
walaupun sebenarnya memang lelaki itulah yang terbaik dihatinya

andai lelaki tahu
apabila perempuan berkata kasar
dia x bermaksud untuk berkasar
tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu sabar dengannya
percayalah 
hati perempuan itu sangat lembut

andai lelaki tahu
apabila perempuan berkata "tolong tinggalkan saya"
dia x bermaksud menyuruh pergi selamanya
dia hanya mahu tenangkan fikirannya sebentar
apabila dia kembali tenang
percayalah dia akan mencari semula
itu tandanya dia benar-benar mencintai

andai lelaki tahu
sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri
tetapi sekiranya mereka saling memahami
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan

#akubukansempurna
#ushaperbaikidiri
#trimaakuapaadanya

No comments:

Post a Comment